Thursday, December 31, 2009

25 Dec 2009

Posted by cik Puan nuRuL~ at 5:06 PM 0 comments
Tarikh bermakna buat aku. Walaupun dalam satu majlis yang serba ringkas dan sangat simple, aku sah menjadi tunangan die. Mr bF is now changed to Mr Fiance`. I luv u sayang.. Always n forever. Sedikit sebak, akhir nya aku temui kebahagiaan yang aku cari. Walaupun dulu x pernah terfikir hubungan ni boleh terus maju kearah ini. Thanks sayang, sebab sangat jujur dan serius dengan i.

.

.

.

Saya dah jadi tunangan orang!! (^_^)

Sedikit pic untuk diupload kat sini. Ini diary saya. Harus la ade pic saya kan?






Ayarkk!! Pendekar mustar.. (^_^)








Okey..okey..aku la tu. Belum mekap lagik.. *hoho*






Rombongan *hoben jang hoben*






Berdiskusi..




Sesi malu² tapi mau bersama cik Melah..(^_^)







Amin... semoga hubungan ni berakhir dengan baek.. insyaallah..






OMG! Untuk saya? *loncat² dalam hati*






Da edit..






I chenta sama u!! *this cuppies was made from cuppies4you..sedap!!*

~ How do I know??

Posted by cik Puan nuRuL~ at 4:57 PM 0 comments

Aku jalani hidup dengan dia x lama. X sampai setahun pun. Tapi, aku akui aku sayang dia. Dia dah jadi sebahagian dari hati aku. Dalam tempoh tak sampai setahun aku kawan dengan dia, dia propose. Keadaannya x la sampai melutut sambil pegang bunga atau nyanyi kat atas stage pastu panggil nama aku macam yang aku berangankan masa zaman kanak² tu. Cume dalam message.. *dunia kan dah moden*

Dia x kate, "ma, jom kawen".. Atau, "ma, sudi tak jadi suri hidup i?"

Bestnye kalau die cakap camtu. ~huhu~

Dia kate "kite tunang tahun depan ye? Bulan 3 lepas ma abes belajar.." OMG!! Tunang? Jawapan selamat aku, aku suruh die jumpe ngan family aku dulu. Ye la, yang paling penting mak ayah. Kalau diorang kate ok, Thanks Allah la kan. Buatnye diorang x suke? My bestfren yang teruja gile bile aku cerita dia ajak tunang. Seronok ke? Aku macam sedikit berbelah bagi. Aku kenal dia x sampai setahun. Cukup kenal ke aku dengan hati budi dia? Mampu ke dia jadi sum1 yang sentiasa disisi aku mase susah senang aku? Sedih gembira aku? Dia ke orang yang akan pimpin tangan aku walaupun mase tu aku dah berkedut 2ribu? Boleh ke aku percaya setiap janji dia? aku buntu.. Kalau nak kate aku tak sedia, sampai bila² pon aku tak kan sedia selagi aku x berada dalam situasi tu. Akhirnya, aku terima jugak dia. Kali pertama dia jumpa ayah, masa hari raya puasa lepas. Tapi masa tu dia datang dengan kawan², jadi masih selamat utk disoal siasat dengan my Inspector Gadget.. *ampun ayah..* 2nd time dia datang, sorang². Masa tu la sesi perbicaraan bermula. Hehe. Cian dia.

Bukan aku x nak teman, tapi ayah awal² dah kate "Nurul pegi siapkan makanan ngan mak.."

Dan akhirnya, aku x sangka ayah terbuka hati dengan dia. Dan hari raya haji pulak, our parents met. Simbolik hari raya kan? Hehe..(^_^)

Tu la salah satu sebab aku terima dia. Sebabnye, mungkin ini yang terbaik buat aku..



Ia bagi aku kekuatan untuk teruskan apa yang aku rasa aku patut buat..

Thursday, December 10, 2009

Ayah

Posted by cik Puan nuRuL~ at 10:11 AM 0 comments

Aku rindu kat ayah. Lame die x call. X sms. My Mr bF yang satu ni merajuk agaknye. Pada salah aku yang aku dah buat 2 minggu lepas. Bukan aku buat benda jahat pon. Aku x tipu die. Aku terus-terang pon dia marah. Kalau aku tipu? Marah jugak ke? Aku bukan saje-saje nak buat macam tu. Nak tepon die, aku yang x tau macam mane nak susun ayat. Nak cakap ngan ayah sendiri pun susah, kan? Nape la jadi macam ni. Ayah, kite tau ayah x kan dapat carik e-diary kite ni. Tapi kite nak ayah tau kite bagitau ayah yang kite buat benda tu sebab kite x nak tipu ayah. Kite x nak ayah dengar dari mulut orang lain. Biar la ayah dengar dari mulut kite. Tapi ayah marah jugak. Jangan la marah lagi. Kite rindu ayah sangat-sangat. (*_*)

~Hati~

Posted by cik Puan nuRuL~ at 9:22 AM 0 comments

Hmmm.. hati jangan la macam ni.. jangan fikir bukan-bukan.. x bley pakai topi hitam.. =( aku x tau ape yang aku rasa pada saat-saat macam ni. Sepatutnya aku rasa hepi sampai loncat-loncat bile Mr bF datang rumah ngan mak ayah die. Sepatutnya aku rasa bahagia sangat-sangat sebab akhirnya aku akan ade ikatan dengan die. Tapi kenapa aku rasa macam makin jauh je.. kenape aku macam x dapat rase kasih sayang die.. kenape?? *injut bahu*

Die dah mula sibuk ke? X de masa nak layan aku? Manjekan aku macam dolu-dolu?

.

.

.

.

Aku tak tau..(*-*)


~Perempuan~

Posted by cik Puan nuRuL~ at 9:06 AM 0 comments

Tajuk entry aku untuk kali ini..~huhu~ Sempena dengan naluri keperempuanan aku yang sangat-sangat terganggu sejak akhir-akhir ni. Macam-macam benda sebenarnya yang melanda hidup aku pada akhir tahun 2009 ni. Makin hujung, makin tensen plak rasenye. Dengan assignment yang bertimbun tunggu deadline, dengan kisah-kisah pasal praktikal+posting, kisah masa depan yang macam glow in the dark ni. Tuhan, kuatkan la hati saye..

Bulan ni banyak sangat cuti. Asal weekend je ramai yang cabut dari pekan Tg Malim yang serba koboi ni.. ~huhu~ Minggu ni aku turun kL je. Amek barang kat umah ma bezbuddy kat Ukay Perdana ngan Mr bF. *senyum*

Al-kisah, da new hubby n wife tu is becoming mama n papa-to-be next year.. Alhamdulillah, aku happy sangat-sangat. Satu-satunye kawan yang rapat ngan aku dari sekolah sampai dewasa macam ni.. dah dapat kebahagiaan yang dia cari.. I'm happy for you dear fren.. *senyum lagi sambil tutup mata*

Ingat nak ajak Mr bF pegi Kamdar.. Tapi dari riak-riak suara yang agak-agak garau tu menunjukkan die malas. Jangan la macam tu.. sape nak teman kite cari barang ni. Nanti kite chantek awak jugak yang tengok. Awak jugak yang bangga ngan sedara-mara awak. Miss gF awak chantek n cute walaupon sedikit chubby.. ~huhu~ Sedikit ke?? *jungkit bahu sekali*

Thursday, November 5, 2009

Cuppiesholic..

Posted by cik Puan nuRuL~ at 8:49 AM 0 comments

Hehe..pelik title die kan? Tapi ni la yang jadi kat aku lately.. dari bulan lepas, suke sangat surf blog yang relate ngan cupcakes.. actually, aku cari cupcakes untuk burfday my boyfriend hari tu.. tapi sampai hari ni aku masih x jemu-jemu surf n tengok gamba-gamba cupcake yang diorang upload dalam blog.. sangat comel dan cantik.. bley click kat sini untuk tengok 1 blog yang aku suke sangat tengok.. Actually banyak lagi, tapi aku suke tengok yang ni.. sebab die Johorian.. macam aku.. (^_^)

Aku sangat-sangat kagum dengan bakat yang diorang ade.. pandai baking cakes n sangat kreatif in decorating their bakes.. dah la cupcake tu comel kan, lepas create macam-macam hiasan kat atas tu, rase macam sayang sangat2 nak makan.. rase sedap, decorate cantik.. pernah jugak berangan nak belajar buat, tapi x berani.. ~hehe~.. buat mungkin boleh la, tapi nak decorate tu.. so aku rase baik aku serahkan pada yang pakar untuk buat cupcakes yang macam aku nak, sebagai tanda aku support industry cupcakes dalam Malaysia ni.. ~hehe~ so, untuk bakers cupcakes sekalian.. I salute you lah! (^_*)

Tuesday, October 13, 2009

~sOmetHing tRue aBout Me~

Posted by cik Puan nuRuL~ at 5:40 PM 0 comments

Heyya.. Meet me, Nurul Akmar Binti Amran, new blogger in town..(^_^)
Hmm.. sebenarnya, banyak sangat benda nak tulis bila tanya pasal diri sendiri. Tapi nanti x muat page. Yang paling utama, aku anak kedua daripada lima anak-anak Pn Norasiah Ahmad dan En Amran Ahmad. Yang sulung, Mohd Helmy, Nurul Akmar ~it's me~, Mohd Aidil, Mohd Hazriq dan si kecik Nor Aleeya. Alhamdulillah, kami membesar dengan baik. Dan buktinya, aku merupakan seorang bakal guru yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UPSI. Sebelum ini, aku merupakan pelajar di UiTM Arau, Perlis dalam jurusan Bachelor in Business Administration, pengkhususan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Alhamdulillah, 2 bulan tamat belajar aku diterima bekerja di CIMB Bank, Kuala Lumpur. Walaupun jawatan yang ku pegang cuma sebagai pekerja kontrak, namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Aku seorang gadis yang simple. Suka berkawan. Nak kate tak memilih tu, tipu la. Sebab dari kecik lagi aku dah diajar untuk memilih kawan. Mak selalu marah mase aku sekolah rendah dulu sebab kawan dengan budak yang suke sangat pakai pensel warna aku, padahal pensel warna die sorok dalam beg. Serik la jugak bile selalu kena marah, menjadikan aku belajar untuk pilih kawan yang sanggup kongsi susah senang dengan aku. Bukan kawan yang suke habiskan pensel warne..(^_*)

Dulu, kawan-kawan yang baru kenal selalu kate aku pendiam. Urmm.. agak pendiam la sebenarnya, kalau tak rapat. Kalau nak tau macam mane diri aku yang sebenar, bley refer pada bestbuddy aku. Aku ni pun bley tahan becok, cume sifat pemalu membataskan aku untuk jadi peramah seperamahnye macam orang lain. Cukuplah dengan senyuman, asalkan orang tak melabelkan aku 'budak sombong'.

Last thing to say for today, jangan nilai orang dari ape yang kita nampak. sebab belum tentu kita akan nampak sepenuhnya apa yang tersimpan dalam diri die. Berkawan dengan orang yang betul-betul nak berkawan dengan kite, bukan cume kita yang rase macam tu sedangkan die langsung tak effect ape-ape bile kite takde. Ni pun mak angkat aku yang ajar. Dan bila direnungkan, banyak kebenarannya pada kata-kata orang tua yang dah banyak makan garam.. Till we meet again.. ~Adios~ (",)

Monday, October 12, 2009

Guru Bitara?

Posted by cik Puan nuRuL~ at 6:42 PM 0 comments
Guru merupakan khazanah Negara yang amat berharga. Ini adalah kerana guru merupakan penggerak utama dalam melaksanakan segala dasar yang dihasratkan oleh kerajaan. Maka, di atas bahu gurulah terpikulnya pelbagai amanah Negara iaitu melahirkan insan kamil yang seimbang dari segi sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tidak dapat dinafikan bahawa tugas guru sama beratnya dengan seorang perajurit Negara. Serangkap kata-kata ini kuambil dari sebuah buku.. menunjukkan betapa tingginya kedudukan seseorang guru itu di mata masyarakat.

Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Besar tempat bernaung
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati

Cuba renungi sajak tersebut. Ia terang menyatakan bahawa betapa guru itu perlu dihormati. Zaman persekolahan dulu, dapat kita hitung berapa jumlah kesalahan disiplin yang melibatkan pelajar. Kita begitu menghormati guru, dan itu bukan bererti kita takutkan guru itu. Tapi rasa hormat yang mendalam dalam diri mengelakkan kita dari terjebak dalam masalah seumpama ini. Zaman semakin berubah, dunia semakin moden. Mampukah aku memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini sepertimana guru-guruku dahulu? Mampukah aku mengembalikan semula zaman kegemilangan guru-guru zaman lepas? Bitarakah aku? Namun aku percaya, sikap terpuji guru itu haruslah seorang insan yang percayakan diri sendiri. Inilah yang mendokong guru itu untuk terus tegak berdiri, kukuh di atas kakinya sendiri dan tidak bergantung. Inilah tekadku.. sebagai bakal guru Malaysia. Akan kujunjung bakti dan ilmu yang dicurahkan sepanjang aku hidup, untuk anak bangsaku. ~amin~ (",)
 

~cHeRita~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal