
Heyya.. Meet me, Nurul Akmar Binti Amran, new blogger in town..(^_^)
Hmm.. sebenarnya, banyak sangat benda nak tulis bila tanya pasal diri sendiri. Tapi nanti x muat page. Yang paling utama, aku anak kedua daripada lima anak-anak Pn Norasiah Ahmad dan En Amran Ahmad. Yang sulung, Mohd Helmy, Nurul Akmar ~it's me~, Mohd Aidil, Mohd Hazriq dan si kecik Nor Aleeya. Alhamdulillah, kami membesar dengan baik. Dan buktinya, aku merupakan seorang bakal guru yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UPSI. Sebelum ini, aku merupakan pelajar di UiTM Arau, Perlis dalam jurusan Bachelor in Business Administration, pengkhususan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Alhamdulillah, 2 bulan tamat belajar aku diterima bekerja di CIMB Bank, Kuala Lumpur. Walaupun jawatan yang ku pegang cuma sebagai pekerja kontrak, namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Aku seorang gadis yang simple. Suka berkawan. Nak kate tak memilih tu, tipu la. Sebab dari kecik lagi aku dah diajar untuk memilih kawan. Mak selalu marah mase aku sekolah rendah dulu sebab kawan dengan budak yang suke sangat pakai pensel warna aku, padahal pensel warna die sorok dalam beg. Serik la jugak bile selalu kena marah, menjadikan aku belajar untuk pilih kawan yang sanggup kongsi susah senang dengan aku. Bukan kawan yang suke habiskan pensel warne..(^_*)
Dulu, kawan-kawan yang baru kenal selalu kate aku pendiam. Urmm.. agak pendiam la sebenarnya, kalau tak rapat. Kalau nak tau macam mane diri aku yang sebenar, bley refer pada bestbuddy aku. Aku ni pun bley tahan becok, cume sifat pemalu membataskan aku untuk jadi peramah seperamahnye macam orang lain. Cukuplah dengan senyuman, asalkan orang tak melabelkan aku 'budak sombong'.
Last thing to say for today, jangan nilai orang dari ape yang kita nampak. sebab belum tentu kita akan nampak sepenuhnya apa yang tersimpan dalam diri die. Berkawan dengan orang yang betul-betul nak berkawan dengan kite, bukan cume kita yang rase macam tu sedangkan die langsung tak effect ape-ape bile kite takde. Ni pun mak angkat aku yang ajar. Dan bila direnungkan, banyak kebenarannya pada kata-kata orang tua yang dah banyak makan garam.. Till we meet again.. ~Adios~ (",)