Guru merupakan khazanah Negara yang amat berharga. Ini adalah kerana guru merupakan penggerak utama dalam melaksanakan segala dasar yang dihasratkan oleh kerajaan. Maka, di atas bahu gurulah terpikulnya pelbagai amanah Negara iaitu melahirkan insan kamil yang seimbang dari segi sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tidak dapat dinafikan bahawa tugas guru sama beratnya dengan seorang perajurit Negara. Serangkap kata-kata ini kuambil dari sebuah buku.. menunjukkan betapa tingginya kedudukan seseorang guru itu di mata masyarakat.
Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Besar tempat bernaung
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati
Cuba renungi sajak tersebut. Ia terang menyatakan bahawa betapa guru itu perlu dihormati. Zaman persekolahan dulu, dapat kita hitung berapa jumlah kesalahan disiplin yang melibatkan pelajar. Kita begitu menghormati guru, dan itu bukan bererti kita takutkan guru itu. Tapi rasa hormat yang mendalam dalam diri mengelakkan kita dari terjebak dalam masalah seumpama ini. Zaman semakin berubah, dunia semakin moden. Mampukah aku memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini sepertimana guru-guruku dahulu? Mampukah aku mengembalikan semula zaman kegemilangan guru-guru zaman lepas? Bitarakah aku? Namun aku percaya, sikap terpuji guru itu haruslah seorang insan yang percayakan diri sendiri. Inilah yang mendokong guru itu untuk terus tegak berdiri, kukuh di atas kakinya sendiri dan tidak bergantung. Inilah tekadku.. sebagai bakal guru Malaysia. Akan kujunjung bakti dan ilmu yang dicurahkan sepanjang aku hidup, untuk anak bangsaku. ~amin~ (",)
6 Cara Me Time Untuk Kreativiti ala Brother Love
3 months ago
0 comments on "Guru Bitara?"
Post a Comment